Untuk Harga Pemborong, Sila Hubungi Kami Di 010 432 7535

Pemborong Kurma Almas Global adalah salah satu pengedar buah kurma terbesar di Malaysia.

Pemborong Kurma Almas Global memberikan salah satu makanan sunnah iaitu buah kurma yang berkualiti kepada para pelanggan. Almas Global sentiasa memastikan makanan sunnah yang terbaik dan halal disajikan kepada pelanggan.

Pemborong Kurma Almas Global sentiasa memastikan bekalan buah kurma mencukupi di bulan Ramadhan setiap tahun. Kami juga menyediakan makanan sunnah kering yang lain seperti sultana, kismis, buah tin@buah syurga, kismis dan buah zaiton.  Kami dapatkan produk-produk kami dari sumber yang halal dari negara-negara Islam. Kami menawarkan harga terendah untuk kurma berkualiti tinggi kami di pasaran dunia kerana buah kurma adalah satu kemestian untuk berbuka puasa di bulan Ramadan kerana ia adalah salah satu sunnah nabi. Makanan sunnah yang lain kami sajikan adalah madu lebah. Baginda Nabi Muhammad s.a.w mengamalkan makan madu lebah setiap pagi.

Pesan Sekarang

Kami menjual pelbagai jenis buah kurma berkualiti tinggi kepada pelanggan kami di Online.

Khasiat Makanan Sunnah Dari Pemborong Kurma Almas Global

1) Buah Kurma – Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang terbaik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit

2) Buah Tin – Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

3) Buah Kismis/Sultana – Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.

4) Buah Zaiton – Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacang. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

5) Madu Lebah – Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.